Biodata tentang sayang.... errkk maksud saya sedikit biodata tentang saya..... saya dilahirkan di Kota Bharu Kelatan pada 24 Februari 1973, anak sulung daripada 3 adik beradik. Dalam Surat Beranak saya tertulis Melayu, begitu juga pada Kad Pengenalan ‘biru’ pertama saya juga ditulis Melayu.. dan saya Bangga dengan perkataan Bangsa - Melayu. Tapi apa itu MELAYU?
MELAYU
“Tak Melayu Hilang di Dunia ini”
Itulah kata-kata Datuk Laksamana Hang Tuah, Pahlawan Melayu yang terbilang. Ramai yang mempertikaikan ‘Kemelayuan’ Hang Tuah ni dengan kata-kata Hang Tuan berasal dari Perkataan Hang Tu Ah yang berasal dari China, pendapat begitu dikatakan berasal dari idea bahwa Hang Li Po yang berasal dari China tu nama depan di pong Hang jugak. Hmm Yer ker? Meh kita kupas 1 persatu perkataan Melayu itu. Kita selidik mana datangnya Melayu... dan siapakah Melayu
Bangsa Melayu....
Ya! Saya setuju dengan kata-kata Melayu datang dari mana-mana sahajalah dalam dunia ni, mungkin dari China, mungkin dari India, mungkin dari Indonesia... saya tak pernah bangkang sebab Melayu bukan berasal dari tanah yang dibuat di Tanah Melayu atau turun dari Langit tup tup ujud di Tanah Melayu.. Allah hanya mencipta Nabi Adam dari pada Tanah dan Umat Islam wajib untuk mempercayainya.
Kita ambil fakta bahawasanya Nabi Adam dan Hawa itu manusia pertama dalam dunia ni. Tidak ada manusia selain Adam dan Hawa ujud dalam dunia sebelum kelahiran Habil dan Qabil. Tapi persoalan yang timbul, bangsa apa Adam dan Hawa tu? Saya rasa tak perlulah kita bertegang urat untuk mengatakan Nabi Adam tu bangsa apa..... tak ada dinyatakan dalam Quran sebab Nabi Adam dijadikan daripada Tanah yang diambil dari Bumi dan diberikan Nyawa sebagai manusia di dalam Syurga, tak payah kita nak cari Nabi Adam tu bangsa apa...........
Kita berbalik pada kata-kata Melayu berasal dari Jawa lah, dari China lah.. ok, kita ajukan soalan pada mereka ‘ahli’ sejarah tu, orang dari China yang bergelar bangsa China berasal daripada mana? Atau orang India, atau Orang Afrika, mereka berasal dari mana? Daripada tanah? Atau jatuh dari Langit? Atau mereka bersetuju dengan Teori Darwin – Manusia berasal dari Beruk?
Kalau itu yang mereka fikirkan, maka dengan itu, buanglah Quran yang mereka baca itu, atau suruh mereka mengucap duakalimah syahadah balek sebab kalau nak mengikut Syarat Islam ni, kena percaya pada Nabi dan Rasul dan Al-Quran. Allah menurunkan Al-Quran dan bercerita tentang Manusia pertama di dunia ini adalah Adam dan Hawa. Tak ada cerita ujudnya bangsa cina atau bangsa india atau mat saleh. Jadi dari manakah datangnya Bangsa China atau India kalau bukan dari anak cucu Nabi Adam a.s yang berhijrah ke serata dunia dan membentuk temadun di tempat masing-masing....
Tapi semua itu tidak relevan dengan konsep Melayu. Sebab dah nyata, bangsa lain tu ujud dari zaman sebelum masehi lagi..... dan orang yang pertama berhijrah ke tanah melayu ni mungkin dari orang cina atau orang Indonesia atau india sebab melayu dahulu kala beragama Hindu sebelum kemasukan pedagang dari Arab ke Kota Melaka pada tahun 1440.... Mari kita berbalik kepada Melayu perkataan Melayu untuk mencari identiti Bangsa Melayu..
Orang kata penduduk Asal yang ada di Tanah Melayu ni berasal dari Pulau Sumatera – rujuk sejarah SRP bagaimana Parameswara datang ke tanah Melayu dan Membuka Melaka pada tahun 1400.... Tapi masa tu tak ada pun dia cakap “Aku bukak Tanah Melayu”. Tapi masa yang sama, batu bersurat yang dijumpai di Terengganu / Kelantan pada tahun 1100 (besut masih di bawah pemerintahan Kelantan pada masa itu. Dah ujud bahawa Melayu yang ditulis dengan tulisan Jawi. So bila sebenarnya Melayu ujud? Siapa bangsa melayu sebenarnya? Masih ada lagi persoalan itu. Tapi tak kesah laaa mana pon, asal Melayu memang dah ujud di Tanah Melayu dan berdaulat!!!
Mengikut Akta dan Perlembagaan Tanah Melayu Bangsa melayu ni adalah definisi kepada mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu, mengamalkan Adat Istiadat Melayu dan Beragama Islam adalah dikira Melayu, jadi tak kira dari mana mak bapak derang datang, tapi bila dilahirkan kat Tanah Melayu ni dan mengamalkan beberapa syarat di atas dikira sebagai MELAYU. Tapi kalau Agama Budha atau Hindu tidak dikira Melayu.
Begitu jugak kalau ada sesiapa nak ujudkan bangsa atas nama mereka sendiri, pegi lah ke satu pulau yang tak ada orang dan kalau mampu beli lah pulau itu dari Negara mana pulau itu berada.... dan binalah temadun kat Pulau itu, dengan sediakan segala perkara yang boleh dikatakan sebagai Temadun manusia di pulau tersebut (kalau cedok atau pinjam dari Negara mana pulau itu berada tak aci oit!) maka ujudlah satu bangsa baru di Negara Pulau yang terbabit dengan tidak ada sapa boleh nak Halang / Bangkang...
Jadi dengan itu, ulasan saya terhadap Melayu ni adalah
“Melayu adalah satu bangsa yang baru ujud disekitar tahun 1100 (kalau nak kira dari tarikh di batu bersurat di Terengganu tu atau dari tahun 1400 bila masa Parameswara buka kota Melaka. Sebab dari sejarah dua-dua peritiwa itulah boleh dikatakan ujudnya temadun Manusia di Tanah Melayu ini dan di wartakan pada tahun-tahun abad ke 19 lebih-lebih kebelakangan ni bila ujudnya perlembagaan tanah melayu” Tak kira dari Mana datangnya orang-orang yang membina Temadun Melayu ni... kalau tak nak mengaku bahawa ujudnya Bangsa Melayu dalam Dunia ni di Tanah Melayu, maka, jangan pula mengiakan ujudnya Bangsa Mat saleh, Bangsa India atau Bangsa Cina atau bangsa arab atau bangsa afrika.. semua itu datangnya daripada anak cucu cicit Nabi Adam A.S. Jangan pulak ambek sebahagian fakta dari sumber A dan bila rasa nak pakai sumber dari B untuk suatu perkara lain.... mana bleh, Kena adil dan Saksama lah!!!